Weapon of Words

Sparks up Your Thinking.


Sistem Nilai

Kita dimudahkan dalam menilai baik buruk sesuatu perkara, bernilai atau pun tidak kerana telah ditetapkan Allah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Kenapa mudah?

Ya sistem nilai kita sama seperti yang diamalkan oleh manusia yang mengikuti risalah tauhid seperti contohnya umat terdahulu umat Nabi nuh, nabi Ibrahim dan nabi Isa. Kerana apa? Kerana apa yang baik di sisi Islam baik juga dalam syariat terdahulu.. begitulah sebaliknya.

Ini berbeza dengan mereka yang atheis atau apa sahaja ajaran dan fahaman selain Islam yang sistem nilai mereka mungkin berubah dari satu zaman ke zaman lain kerana ajaran agama dan kitab suci mereka telah diseleweng, dan sesetengahnya mungkin menetapkan sistem nilai hanya berdasarkan logik akal.

Dalam kehidupan seharian, banyak perkara yang mesti kita letak nilai padanya.

Jika solat  kita letakkan nilai kosong padanya, maka memang malas untuk ke sana.Jika solat kita letakkan nilai yang tinggi, sejajar dengan tawaran pahala yang nabi sebut, maka badan terasa ringan untuk melakukannya.


Jika mendengar ceramah di masjid nilainya sekadar untuk mencari ketenangan, maka tidak mustahil tidak akan datang lagi mendengar ceramah andai ceramah agama tidak memberi ketenangan, dan mungkin datang ke ceramah hanya bergelak ketawa dengan jenaka tanpa mendapat isi penting dan ilmu.

Jika fizikal yang cantik tinggi nilainya, maka berhabisan wang membeli kosmetik dan  pergi ke gym sesuatu yang normal.

Jika bekerja nilainya untuk ibadah, maka tidak kisah bekerja berlebihan masa untuk hasil yang sempurna.

Bagaiman pula dengan nilai kasih sayang?Anak-anak zaman moden menunjukkan gejala keruntuhan sistem nilai kasih sayang dengan membiarkan ibu bapa kesunyian di rumah, rumah kebajikan dan hospital.

Dalam 24 jam sehari, andai banyak perkara remeh yang kita letakkan nilai tinggi padanya, maka kehidupan seharian mungkin akan kurang produktif.

Lihat sahaja Imam Ghazali dan Imam Syafie, kenapa mereka begitu berjaya dengan keilmuan sangat jauh berbanding kita?..mereka Islam dan kita pun Islam?..bezanya kerana sistem nilai yang mereka pilih dan amalkan dalam kehidupan seharian.









1 comments:

Pucuk pangkalnya adalah memahami definisi 'nilai' itu sendiri, maka hidup akan bernilai dari segala sudut aspek kehidupan.

"Lihatlah di sana pandanglah ke sana

Mereka yang terbaring di tanah

Mereka pun sama

Pernah hidup juga

Kita akan menyusul kemudian.."

About Me

My Photo
Musthakim Mahadi
Bentley, Perth, Australia
Khalifah Allah di muka bumi
View my complete profile

Followers

Blogpatrol

Bookmark

1 2
3
"In the end, it's not going to matter how many breaths you took, but how many moments took your breath away"
7
8