Weapon of Words

Sparks up Your Thinking.


Allah menjadikan manusia berbeza-beza mengikut fahaman, warna kulit, pegangan agama, prinsip dan nilai. Mustahil satu keadaan di mana semua manusia sama. Bahkan mustahil semua manusia Islam. Perbezaan ini ada kaitannya seperti dalam Surah al Hujurat (13), terdapat asas kepelbagaian ini dengan anjuran supaya proses litaarafu atau berkenalan berlaku. Daripadanya manusia memiliki sifat mempelajari, saling melengkapi, berkongsi supaya nilai interaktif dapat dikongsi. 

Sinergi satu tambah satu menghasilkan tiga, bukan dua. Lihat sahaja bagaimana seekor kerbau dan burung bersinergi. Kerbau badannya dibersihkan dan si burung mendapat makanan dari badan kerbau.

Seorang yang ingin menegakkan negara sekular dan seorang ingin menegakkan negara Islam. Apakah ada potensi dua individu ini ingin bekerjasama walhal keduanya mempunyai prinsip yang sama sekali bercanggah satu sama lain? Ya boleh jika untuk mencapai satu matlamat yang sama. Iaitu matlamat keadilan. Di sini, tidak kira mereka sekular atau Islamis, kedua-duanya ingin menegakkan keadilan, menentang individu ketiga yang juga perosak keadilan, maka akan ada ruang kerjasama membentuk sinergi tanpa menggadai prinsip.

Apabila kita berbeza prinsip, bukanlah satu halangan untuk bekerjasama dengan entiti lain. Malah sinergi yang terhasil akan membuahkan kesan yang lebih besar impaknya berbanding hanya dilakukan sendirian.

Makan di hadapan laptop,
Baca berita di hadapan laptop,

Menonton filem di hadapan televisyen,
Bermain video games di hadapan televisyen,
Dengar ceramah di hadapan laptop,
Menghubungi ibu bapa telefon bimbit,

Chatting di facebook,
Berkenalan di facebook,
Bisnes di laptop,
Banking di laptop,
Pendaftaran di laptop,

Consultation di laptop,
Bayar bil di laptop,
Membaca di ipad,


Kita hidup bukan dalam realiti,
Kita hidup di dalam dunia virtual,
Kita kurang menggunakan deria dan pancaindera,
Kita kurang berinteraksi dengan kawan,

Kita kurang berinteraksi dengan alam,
Tidak hairanlah kita kekurangan umur.

Ketika terdapat dua pertembungan antara dua pihak atau lebih, adalah lebih proaktif untuk kita mengambil pendekatan prinsip win-win situation. Ia akan memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat, tiada yang kurang atau yang terlebih. Sama ada kita ketua organisasi bernama persatuan, parti , atau keluarga, atau kita sendiri terlibat dalam situasi, prinsip ini seharusnya menjadi pilihan pertama kita untuk mmemberi manfaat bersama.


Lihatlah bagaimana nabi Muhammad SAW menyelesaikan konflik perletakan batu hajarul aswad di kaabah. Penyelesaiannya ialah memberikan faedah kepada semua ketua kabilah yang berbalah dengan semua diberi penghormatan membawa batu itu dengan memegang di setiap penjuru kain. Ini win-win situation.

Situasi lain seorang imam  menghadapi beberapa makmum yang berbalah samada mahu berpegang kepada pendapat perlu membaca al-fatihah ketika imam membaca surah atau pendapat tidak perlu membaca al-fatihah dan hanya mendengar bacaan imam. Imam yang memilih win-win situation akan memilih untuk berhenti seketika selepas membaca al-fatihah sebelum membaca surah, lalu sekaligus memberi faedah kepada kedua-dua kelompok makmum.

Pendekatan lain seperti win-lose, lose-win atau lose-lose lebih banyak mendatangkan mudharat dan seharusnya cuba untuk dielakkan. 



Sistem Nilai

Kita dimudahkan dalam menilai baik buruk sesuatu perkara, bernilai atau pun tidak kerana telah ditetapkan Allah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Kenapa mudah?

Ya sistem nilai kita sama seperti yang diamalkan oleh manusia yang mengikuti risalah tauhid seperti contohnya umat terdahulu umat Nabi nuh, nabi Ibrahim dan nabi Isa. Kerana apa? Kerana apa yang baik di sisi Islam baik juga dalam syariat terdahulu.. begitulah sebaliknya.

Ini berbeza dengan mereka yang atheis atau apa sahaja ajaran dan fahaman selain Islam yang sistem nilai mereka mungkin berubah dari satu zaman ke zaman lain kerana ajaran agama dan kitab suci mereka telah diseleweng, dan sesetengahnya mungkin menetapkan sistem nilai hanya berdasarkan logik akal.

Dalam kehidupan seharian, banyak perkara yang mesti kita letak nilai padanya.

Jika solat  kita letakkan nilai kosong padanya, maka memang malas untuk ke sana.Jika solat kita letakkan nilai yang tinggi, sejajar dengan tawaran pahala yang nabi sebut, maka badan terasa ringan untuk melakukannya.


Jika mendengar ceramah di masjid nilainya sekadar untuk mencari ketenangan, maka tidak mustahil tidak akan datang lagi mendengar ceramah andai ceramah agama tidak memberi ketenangan, dan mungkin datang ke ceramah hanya bergelak ketawa dengan jenaka tanpa mendapat isi penting dan ilmu.

Jika fizikal yang cantik tinggi nilainya, maka berhabisan wang membeli kosmetik dan  pergi ke gym sesuatu yang normal.

Jika bekerja nilainya untuk ibadah, maka tidak kisah bekerja berlebihan masa untuk hasil yang sempurna.

Bagaiman pula dengan nilai kasih sayang?Anak-anak zaman moden menunjukkan gejala keruntuhan sistem nilai kasih sayang dengan membiarkan ibu bapa kesunyian di rumah, rumah kebajikan dan hospital.

Dalam 24 jam sehari, andai banyak perkara remeh yang kita letakkan nilai tinggi padanya, maka kehidupan seharian mungkin akan kurang produktif.

Lihat sahaja Imam Ghazali dan Imam Syafie, kenapa mereka begitu berjaya dengan keilmuan sangat jauh berbanding kita?..mereka Islam dan kita pun Islam?..bezanya kerana sistem nilai yang mereka pilih dan amalkan dalam kehidupan seharian.









"Lihatlah di sana pandanglah ke sana

Mereka yang terbaring di tanah

Mereka pun sama

Pernah hidup juga

Kita akan menyusul kemudian.."

About Me

My Photo
Musthakim Mahadi
Bentley, Perth, Australia
Khalifah Allah di muka bumi
View my complete profile

Followers

Blogpatrol

Bookmark

1 2
3
"In the end, it's not going to matter how many breaths you took, but how many moments took your breath away"
7
8