Weapon of Words

Sparks up Your Thinking.


Tidak syak lagi puasa adalah kuasa. 
Hal ini disebabkan Ramadan bermanfaat untuk manusia moden dan kemanfaatannya pula adalah berbentuk menyeluruh lagi holistik Ia merangsang kebaikan dalam pelbagai aspek, antaranya di penjuru:
  • Spiritual: Melalui ibadah seperti solat dan zikir.
  • Peningkatan Ilmu: Melalui kajian al-Quran.
  • Kesihatan Mental: Melalui tafakur, reda serta pengeluaran hormon endorphin yang mendamaikan.
  • Kesihatan Fizikal: Melalui metabolisme badan yang terkawal.
  • Pembinaan Akhlak dan Jati Diri: Melalui latihan kesabaran, pengawalan pancaindera serta ketabahan memikul tanggungjawab.
  • Amanah dan Integriti: Melalui keikhlasan dan istiqamah walaupun andai kata kita berbuka puasa tidak ada sesiapapun yang mungkin mengetahuinya.
  • Mementingkan Keutamaan: Melalui fokus mengejar janji Allah berkaitan Lailatulqadar.
  • Mementingkan Kualiti: Melalui kesedaran bahawa ibadah puasa perlu dihalusi kerana ia bukan sekadar meninggalkan makan minum.
  • Pengurusan Masa: Melalui sistem waktu solat dan puasa yang perlu dijaga.
  • Keharmonian Keluarga: Melalui konsep kebersamaan ketika bersahur, berbuka puasa dan bersolat.
  • Maslahat Kemasyarakatan: Melalui zakat fitrah serta solat berjemaah.
  • Produktiviti: Melalui peningkatan fokus dan konsentrasi.
  • Ekonomi: Melalui penjimatan wang serta pengawalan hawa nafsu.
  • Ledakan Kreativiti dan Lonjakan Paradigma: Melalui kedamaian dan kesucian hati yang menjadi semaian kepada ilham yang meledakkan idea-idea baru.
Memang benar, puasa ialah kuasa.
 Kesemua ini akan terhasil jika puasa dilakukan secara yang betul dengan memelihara segala adabnya. Jika tidak kita hanya akan mendapat lapar dan dahaga semata-mata. 
Nabi bersabda,“Berapa ramai orang yang berpuasa yang tidak mendapat sesuatu apa pun daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibn Majah)

Saat sebelum mati, anda akan merasakan jantung berhenti bergerak, nafas tersekat-sekat dan badan bergetar. Anda akan merasa dingin di telinga. Itulah pertanda kematian mula menjemput anda. Dan petugas utamanya, Malaikat Maut bersedia membawa anda ke satu alam baru yang akan menentukan anda adalah penghuni syurga mahupun neraka.

0 Minit :
Otak akan terhenti berfungsi kerana oksigen sudah tidak dapat disalurkan kepada organ utama ini.
1 Minit :
Darah berubah warna dan otot kehilangan daya.
3 Minit :
Sel-sel otak akan merosot secara mendadak. Pada waktu ini, otak benar-benar berhenti berfungsi. Pada waktu ini, fikiran kita akan menjadi hitam dan gelap.
4 – 5 Minit:
Anak mata membesar dan berselaput. Bola mata akan mengerut kerana kehilangan tekanan dan bekalan darah.
7 – 9 Minit:
Pembuluh darah ke otak mulai tidak berfungsi.
1 – 4 Jam:
Membuat otot menjadi kaku dan rambut berdiri tegak.
4 – 6 Jam:
Sel-sel darah yang berkumpul akan mati dan warna kulit berubah kepada hitam.
6 Jam:
Otot masih berfungsi miskipun sedikit namun ia meniti kepada proses kematiannya.
8 Jam:
Suhu tubuh akan turun dengan kadar mendadak. Telapak kaki si mati akan menjadi sejuk.
24 – 72 Jam:
Isi perut akan membusuk dek kerana bakteria sudah menjalankan tugasnya. (Kebiasaan si mati sudah pun dimandikan oleh pihak yang alim perihal kematian)
36 – 48 Jam:
Tubuh si mati akan menjadi selentur penari balet. Namun ia akan menjadi keras kejung tidak lama kemudian.(Si mati kebiasaan sudah pun berada dalam proses pengebumian)
3 – 5 Hari:
Pembusukan mengakibatkan luka pada skala yang amat besar, darah menitis keluar dari mulut dan hidung si mati.(Si mati sudah pun barada di liang lahad)
8 – 10 Hari:
Warna tubuh berubah daripada hijau kepada merah serentak dengan membusuknya darah. (Anai-anai, lipas, ulat sudah mulai ‘bermain’ di sekitar tubuh si mati)
Beberapa Minggu:
Rambut, Kuku, Dan Gigi dengan mudahnya terlepas daripada anggota badan.
Satu Bulan:
Kulit Anda mulai mencair dan tercarik daripada jasad.
Satu Tahun:
Yang tinggal hanyalah tulang-tulang dan gigi. Miskipun si mati adalah orang besar di dunia pada masa hayatnya, namun apabila berada di liang lahad, si mati tidak mampu lagi menepis ‘serangan’ ulat-ulat, semut atau lipas yang mana pada masa hayatnya dulu mudah sahaja si mati membunuhnya dengan tangan.

Insaflah anda. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Bayangkan kematian menemui anda semasa anda masih belum bertaubat. Alangkah harunya! Allah..Allah..Allah!

-credit to takusahrisau blog-

sumber dari blog soal jawab
 

Soalan:
Saya ada sedikit kemusykilan berkenaan dengan hukum bagi kaum lelaki yang memakai barang perhiasan. Contohnya seperti gelang, rantai, gelang kaki dan sebagainya.. Senario mutaakhir ini jelas memaparkan betapa ramai kaum Adam ini memakai gelang, rantai yang pelbagai jenis dan bentuk. Ada yang bermanik-manik, ada juga yang bergetah hitam..Yang jelas..keadaan ini semakin 'biasa' dalam masyarakat di Malaysia terutamanya..Yang tak pastinya ADAKAH ISLAM MEMBENARKAN PERBUATAN TERSEBUT??

******************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoakan sdr dzinnur dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Perhiasan seperti rantai, gelang, anting-anting dsb merupakan pakaian insan yang bergelar wanita. Scenario diatas menunjukkan bahawa terdapat juga kaum-kaum lelaki yang berjinak-jinak memakai barang perhiasan wanita. Untuk apa dilakukan; Wallahu'alam. Mungkin katanya moden, rock, trend dsb. Islam hanya memberi 'guide line' akan jenis-jenis pakaian yang boleh dipakai oleh seorang lelaki; dan diantaranya ialah pakaian/perhiasan tersebut tidak dipakai atau menyerupai pakaian/perhiasan kaum hawa. Dari Ibn 'Abbas ra meriwayatkan bahawa :


لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
"Rasulullah saw melaknat lelaki yang menjadikan diri mereka kelihatan seperti wanita dan wanita menyerupai lelaki" - [Hadith riwayat al-Bukhaari, no:5435].

Abu Hurairah ra berkata :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ
"Rasulullah saw melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki" - [Hadith riwayat Abu Daud didalam al-Sunan].

Berdasarkan dua hadith diatas ini menunjukkan bahawa tidak dibenarkan kaum lelaki memakai perhiasan wanita seperti gelang, rantai dsb.

Islam telah memberi skop perhiasan yang mencukupi untuk kaum lelaki seperti membenarkan kaum lelaki memakai cincin perak, sebagaimana Ibn Umar ra. meriwayatkan bahwa Nabi saw memakai cincin yang diperbuat dari perak, dan orangpun melakukan begitu [Hadith riwayat al-Bukhaari, no:5417]. Islam juga membenarkan lelaki menggunakan emas dan perak apabila perlu menggantikan gigi atau hidung yang hilang.

Memakai perhiasan dan perhiasan begini juga merupakan ikut-ikutan dari budaya kuning barat. Sehubungan dengan ini memakai perhiasan ini seolah-olah menjadikan dirinya sama seperti orang kafir. Contohnya kaum lelaki barat memakai anting-anting, bertindik hidung, memakai gelang, rantai dsb. Nabi saw bersabda :

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
"Barangsiapa yang meniru-niru satu kaum, maka dia adalah dari kaum mereka" - [Hadith riwayat Abu Daud, al-Sunan].

Jelas dari dalil diatas bahawa lelaki yang memakai gelang, rantai, anting-anting dsb, sebenarnya melakukan 2 kesalahan (atau salah satu):-

(a) Golongan lelaki yang cuba menyerupai kaum wanita, dimana ia dilaknat oleh Nabi saw
(b) Golongan lelaki yang cuba meniru-niru golongan barat, yang mengambarkan bahawa mereka itu juga mewakili golongan tersebut.

Allah swt menjadi lelaki dan perempuan itu sebagai dua jenis hamba dan insan yang berlainan, yang mempunyai naluri, bentuk fizik, psikologi dan beberapa perkara yang membeza. Begitu juga dilihat dari aspek hukum, terdapat beberapa hukum-hukum khas yang hanya dikenakan pada kaum wanita, sesuai yang semulajadi mereka eg: datang haid, beranak dsb. Allah swt menghalalkan emas dan sutera hanya pada kaum wanita, sesuai dengan sifat mereka yang gemar kepada kecantikan. Kaum lelaki merupakan satu lambang kepada kekuatan dan wanita digambarkan dengan ciri-ciri kelembutan. Sesuai dengan sifat ini, mereka juga mempunyai bentuk pakaian dan juga barang perhiasan yang mengambarkan kelembutan mereka. Alangkah sumbangnya kalau kaum lelaki juga telah cuba berkongsi hak-hak kepunyaan wanita lantas meletakkan kehormatan lelaki itu pada tingkatan yang terbawah.
wassalam.

"Lihatlah di sana pandanglah ke sana

Mereka yang terbaring di tanah

Mereka pun sama

Pernah hidup juga

Kita akan menyusul kemudian.."

About Me

My Photo
Musthakim Mahadi
Bentley, Perth, Australia
Khalifah Allah di muka bumi
View my complete profile

Followers

Blogpatrol

Bookmark

1 2
3
"In the end, it's not going to matter how many breaths you took, but how many moments took your breath away"
7
8