Sistem Nilai
Kita dimudahkan dalam menilai baik buruk sesuatu perkara, bernilai atau pun tidak kerana telah ditetapkan Allah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Kenapa mudah?
Ya sistem nilai kita sama seperti yang diamalkan oleh manusia yang mengikuti risalah tauhid seperti contohnya umat terdahulu umat Nabi nuh, nabi Ibrahim dan nabi Isa. Kerana apa? Kerana apa yang baik di sisi Islam baik juga dalam syariat terdahulu.. begitulah sebaliknya.
Ini berbeza dengan mereka yang atheis atau apa sahaja ajaran dan fahaman selain Islam yang sistem nilai mereka mungkin berubah dari satu zaman ke zaman lain kerana ajaran agama dan kitab suci mereka telah diseleweng, dan sesetengahnya mungkin menetapkan sistem nilai hanya berdasarkan logik akal.
Dalam kehidupan seharian, banyak perkara yang mesti kita letak nilai padanya.
Jika solat kita letakkan nilai kosong padanya, maka memang malas untuk ke sana.Jika solat kita letakkan nilai yang tinggi, sejajar dengan tawaran pahala yang nabi sebut, maka badan terasa ringan untuk melakukannya.
Jika mendengar ceramah di masjid nilainya sekadar untuk mencari ketenangan, maka tidak mustahil tidak akan datang lagi mendengar ceramah andai ceramah agama tidak memberi ketenangan, dan mungkin datang ke ceramah hanya bergelak ketawa dengan jenaka tanpa mendapat isi penting dan ilmu.
Jika fizikal yang cantik tinggi nilainya, maka berhabisan wang membeli kosmetik dan pergi ke gym sesuatu yang normal.
Jika bekerja nilainya untuk ibadah, maka tidak kisah bekerja berlebihan masa untuk hasil yang sempurna.
Bagaiman pula dengan nilai kasih sayang?Anak-anak zaman moden menunjukkan gejala keruntuhan sistem nilai kasih sayang dengan membiarkan ibu bapa kesunyian di rumah, rumah kebajikan dan hospital.
Dalam 24 jam sehari, andai banyak perkara remeh yang kita letakkan nilai tinggi padanya, maka kehidupan seharian mungkin akan kurang produktif.
Lihat sahaja Imam Ghazali dan Imam Syafie, kenapa mereka begitu berjaya dengan keilmuan sangat jauh berbanding kita?..mereka Islam dan kita pun Islam?..bezanya kerana sistem nilai yang mereka pilih dan amalkan dalam kehidupan seharian.
Begin with the end in mind.
Sebelum memulakan pengembaraan, sudah diketahui destinasinya, bukanlah hanya berjalan ke mana sahaja mengikut kaki yang melangkah.
Masuk ke hutan, dipenuhi semak dan belukar, pasti sesat jika tidak diketahui arah dan tempat ditujui.
Diberi cebisan jigsaw puzzle, adalah sukar untuk mencantum semua kepingan puzzle tanpa melihat dahulu apa sebenarnya gambar puzzle sebelum mula mencantum.
Belajar dan belajar tanpa diketahui apa cita-cita, pasti sukar berjaya.
Organisasi tanpa mengetahui matlamat jangka pendek, jangka panjang, mungkin tidak produktif.
Pernikahan tanpa diketahui bagaimana keluarga yang ingin dibina, tidak mustahil penceraian satu-satunya jalan dicari
Ibadat kepada tuhan tanpa diketahui output yang ingin dicapai, ibadah akan sia-sia. Puasa misalnya untuk menjadi golongan bertaqwa. Al-Baqarah:183.
Bernafas setiap hari, hidup setiap detik, setiap saat, sia sia jika tidak diketahui ke mana akan ditujui. Ke mana sepuluh, dua puluh , tiga puluh, lima puluh tahun akan datang? Ke mana selepas mati? Syurga? Neraka? Jika ke neraka letaklah dunia di hati, Jika ke syurga, letaklah dunia di tapak tangan hiduplah sebagai seorang hamba.
Kenapa dan kenapa memilih yang haram
Dalam sepuluh perkara, sembilan halal yang satu haram, yang tu juga yang dicari.
Memangla semua orang ada masalah.
Tapi tak pernah dilihat kucing bunuh diri sebab masalah hidupnya,
Jadi siapa lebih hina?
Stress wang hidu gam,
Stress kerja hidu ganja,
Stress hidup pilih heroin,
Ayatnya pun dimanipulsi dan rasa bolehla capai kebahagiaan dengan mencuba,
Tak cukup kosnya dia curi duit ibu ayah,
dia?
solat entah ke mana, fatihah pun lupa,
Bahkan jauh lebih dari itu.
