Begin with the end in mind.
Sebelum memulakan pengembaraan, sudah diketahui destinasinya, bukanlah hanya berjalan ke mana sahaja mengikut kaki yang melangkah.
Masuk ke hutan, dipenuhi semak dan belukar, pasti sesat jika tidak diketahui arah dan tempat ditujui.
Diberi cebisan jigsaw puzzle, adalah sukar untuk mencantum semua kepingan puzzle tanpa melihat dahulu apa sebenarnya gambar puzzle sebelum mula mencantum.
Belajar dan belajar tanpa diketahui apa cita-cita, pasti sukar berjaya.
Organisasi tanpa mengetahui matlamat jangka pendek, jangka panjang, mungkin tidak produktif.
Pernikahan tanpa diketahui bagaimana keluarga yang ingin dibina, tidak mustahil penceraian satu-satunya jalan dicari
Ibadat kepada tuhan tanpa diketahui output yang ingin dicapai, ibadah akan sia-sia. Puasa misalnya untuk menjadi golongan bertaqwa. Al-Baqarah:183.
Bernafas setiap hari, hidup setiap detik, setiap saat, sia sia jika tidak diketahui ke mana akan ditujui. Ke mana sepuluh, dua puluh , tiga puluh, lima puluh tahun akan datang? Ke mana selepas mati? Syurga? Neraka? Jika ke neraka letaklah dunia di hati, Jika ke syurga, letaklah dunia di tapak tangan hiduplah sebagai seorang hamba.
Posted by
Musthakim Mahadi
0 comments:
Post a Comment