Allah menjadikan manusia berbeza-beza mengikut fahaman, warna kulit, pegangan agama, prinsip dan nilai. Mustahil satu keadaan di mana semua manusia sama. Bahkan mustahil semua manusia Islam. Perbezaan ini ada kaitannya seperti dalam Surah al Hujurat (13), terdapat asas kepelbagaian ini dengan anjuran supaya proses litaarafu atau berkenalan berlaku. Daripadanya manusia memiliki sifat mempelajari, saling melengkapi, berkongsi supaya nilai interaktif dapat dikongsi.
Sinergi satu tambah satu menghasilkan tiga, bukan dua. Lihat sahaja bagaimana seekor kerbau dan burung bersinergi. Kerbau badannya dibersihkan dan si burung mendapat makanan dari badan kerbau.
Seorang yang ingin menegakkan negara sekular dan seorang ingin menegakkan negara Islam. Apakah ada potensi dua individu ini ingin bekerjasama walhal keduanya mempunyai prinsip yang sama sekali bercanggah satu sama lain? Ya boleh jika untuk mencapai satu matlamat yang sama. Iaitu matlamat keadilan. Di sini, tidak kira mereka sekular atau Islamis, kedua-duanya ingin menegakkan keadilan, menentang individu ketiga yang juga perosak keadilan, maka akan ada ruang kerjasama membentuk sinergi tanpa menggadai prinsip.
Apabila kita berbeza prinsip, bukanlah satu halangan untuk bekerjasama dengan entiti lain. Malah sinergi yang terhasil akan membuahkan kesan yang lebih besar impaknya berbanding hanya dilakukan sendirian.
Makan di hadapan laptop,
Baca berita di hadapan laptop,
Menonton filem di hadapan televisyen,
Bermain video games di hadapan televisyen,
Dengar ceramah di hadapan laptop,
Menghubungi ibu bapa telefon bimbit,
Chatting di facebook,
Berkenalan di facebook,
Bisnes di laptop,
Banking di laptop,
Pendaftaran di laptop,
Consultation di laptop,
Bayar bil di laptop,
Membaca di ipad,
Kita hidup bukan dalam realiti,
Kita hidup di dalam dunia virtual,
Kita kurang menggunakan deria dan pancaindera,
Kita kurang berinteraksi dengan kawan,
Kita kurang berinteraksi dengan alam,
Tidak hairanlah kita kekurangan umur.